Lelaki India Maut Di Tetak Di Batang Kali ( Video Ngeri ).


Sebuah video berdurasi satu minit 49 saat telah tersebar meluas di laman sosial memaparkan seorang lelaki berketurunan India sedang menahan kesakitan dan berlumuran darah apabila pergelangan tangan kirinya putus dipercayai akibat ditetak dengan menggunakan sejenis senjata tajam

Mangsa yang sedang bertarung nyawa itu, turut dibantu oleh orang awam yang berada di kawasan kejadian

Menurut sumber awal di laman sosial mengatakan insiden yang berlaku di hadapan sebuah stesen minyak Shell di Ligamas Batang Kali itu pada Khamis 4 Julai 2013 berpunca daripada satu pergaduhan yang tercetus di antara dua kumpulan yang bermotifkan dendam.

Mangsa Shankar Nadeson, 35, telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu. Kumpulan gangster yang dipercayai terlibat ialah kumpulan Gobi(08) Kalompang, Selangor dan Kumpulan Santhana(36) Kalompang, Selangor.



STYLISH ALL NEW VIOS

No comments:

Post a Comment