Showing posts with label Kejam. Show all posts
Showing posts with label Kejam. Show all posts

Negara Pertama Yang Melarang Perkembangan Islam (4 Gambar)


Kalau sebelum ini  ada bagi tau kisahnya masjid di Filipina di robohkan, kali ini pula masjid-masjid di negara ANGOLA mula di robohkan apabila , negara tersebut menjadi negara pertama di dunia yang memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut. Kerajaan mereka kini sedang mengambil langkah menghancurkan masjid-masjid di negara berkenaan.



Presiden Angola, Jose Edurado dos Santos dipetik sebagai berkata, kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya.





Pekerja Lombong Emas Seperti Hamba Abdi (18 Gambar)



Serra Pelada (Gunung Botak) adalah sebuah lombong emas yang terletak di Brazil. Ianya kini sudah ditutup dan sudah menjadi sebuah tasik yang tercemar. Pada tahun 1979 seorang petani menemui ketulan emas di ladang milik beliau. Setelah menggaji seorang ahli geologi untuk melakukan survey, mereka mendapati kawasan Serra Pelada mempunyai simpanan emas yang besar.

















CCTV Rakam Jururawat Sedang Mendera Pesakit Di Singapura ( Video ).


Sebuah video mengenai seorang pesakit tua didera oleh jururawat  di Nightingale Nursing Home Singapura telah mengejutkan negara tersebut. Orang ramai tertanya-tanya kenapa jururawat ini  masih bekerja. Mereka sepatutnya dipecat serta-merta.

Video ini dirakam oleh CCTV yang terletak tidak jauh dari katil pesakit ini. Di dalam video tersebut, pesakit itu dibiarkan bogel di bawah kipas dan kelihatan jururawat tidak mengendahkannya yang menangis kesejukan. Selepas itu, dua orang jururawat mengangkat dan membalingnya ke atas katil. 

Pesakit itu menangis kesakitnya dan kemudiannya ditampar oleh seorang jururawat. Apakah jururawat  berperangai seperti  itu??? Kalau tak sabar macam tu tak perlu la kerja jadi jururawat. Hehe.



INTRODUCING CIMB CLIKS OCTOSEND

Gadis 16 Tahun Pengsan Dipukul Tanpa Sebab ( Video ).


Kamera CCTV telah merakam seorang lelaki memukul gadis 16 tahun sehingga pengsan di luar Black Lion Pub, East London. Gadis itu mengalami bengkak di kepala dan luka di muka akibat serangan itu dan telah dikeluarkan dari hospital.

Polis sedang mencari lelaki yang dipercayai bertubuh sasa, kepala dicukur dan setinggi 6 kaki.

Kami tak paham apa motif laki tu. Polis cakap, hanya untuk suka-suka. Tapi entahlah, kuat kot kena hentak kat kepala tu.



HOW TO BE SUCCESFULL IN BUSINESS AND eCOMMERCE

Pertandingan Memasak Yang Kejam ( Video ).

Satu rancangan realiti di China telah mengadakan pertandingan masakan yang disediakan secara segar hinggakan badan binatang tersebut mesti bergerak-gerak apabila hidangan siap dimakan.

Jika chef yang menyediakan hidangan tersebut gagal memenuhi syarat itu, secara automatik dia akan gagal dalam pertandingan tersebut.

Jom kita tengok. Uwekkk.







AIR ASIA FLYING TO CHINA

Pembunuhan Buaya Secara Besar-Besaran Di China (3 Gambar)

Seperti yang kita tahu, memang orang China makan apa sahaja termasuk buaya. Ini adalah gambar pembunuhan buaya besar-besaran yang besar kemungkinan dijual sebagai makanan ke restoran.






Ditikam Bertubi-Tubi Pada Siang Hari Di China ( Video ).


Ini satu lagi kes di mana mangsa dibiarkan oleh semua orang awam terutamanya pejalan kaki. Apatah lagi kejadian ini berlaku pada siang hari di tengah-tengah bandar. Jadi yang nak melancong ke China tu, pandai-pandai jaga diri anda ye.


Kekejaman Manusia Di Foshan, Mata Anjing Dikorek Keluar ( 4 Gambar ).

Seekor anjing dari Foshan,China menjadi antara mangsa penderaan haiwan yang paling dashyat. Anjing yang dipanggil Xixi ini telah ditemui oleh sukarelawan yang bertugas untuk menyelamatkan haiwan yang didera. 

Sejurus sukarelawan ini menjumpai Xixi, mereka semua tidak dapat menahan airmata daripada keluar. Kenapa? MAta Xixi dikorek keluar dan kemudiannya kemaluannya dipotong. Nasib baik terdapat orang yang melaporkan kes ini dan Xixi sempat diberi rawatan yang rapi. Sekiranya, Xixi lambat diberi rawatan, maut dan leukemia mungkin menjadi kesannya. 

Namun, setakat ini manusia yang mendera Xixi masih belum dikenalpasti.






10 Perang Amerika Yang Dimulakan Dengan Pembohongan.

Jika diteliti, setiap peperangan yang tercetus sentiasa didahului oleh pembohongan besar-besaran oleh media-media yang berpengaruh. Sejarah lalu membuktikan Amerika Syarikat telah mengancam Venezuela dan Ecuador. Esok, mungkin Iran. Dan selepas itu, yang akan datang, siapa pula.

Media akhbar arus perdana mencerminkan kempen propaganda untuk perang Amerika Syarikat yang akan datang. Mari kita imbas tentang kisah berapa kali Amerika Syarikat dan talibarut media yang sama telah dimanipulasikan.

Setiap perang yang tercetus adalah satu dari hasil penipuan besar-besaran. Berikut di bawah senarai pendek pembohongan besar oleh media berkaitan peperangan.

1. Perang Vietnam (1964-1975)

Pembohongan Media : 2 dan 3 Ogos 1964, pasukan Vietnam Utara telah dituduh oleh kerajaan Amerika Syarikat telah melancarkan serangan terhadap dua kapal tentera Amerika Syarikat di Teluk Tonkin.
Analisis Perang : Tiada kapal pernah diserang. Itu adalah pembohongan besar oleh media White House.

Matlamat : Untuk mencabar kemerdekaan Vietnam dan mengekalkan dominasi Amerika Syarikat di rantau ini.

Kesan : Berjuta-juta mangsa, kecacatan genetik (Agent Orange) dan berlaku masalah sosial besar-besaran.

2. Perang Grenada (1983)

Pembohongan Media : Pulau Caribbean kecil telah dituduh membina pangkalan tentera Soviet dan untuk menyelamatkan doktor Amerika Syarikat.

Analisis Perang : Semuanya palsu. Presiden Amerika Syarikat Reagan mencipta semua alasan itu dari awal.

Matlamat : Untuk mencabar reformasi sosial dan demokratik Perdana Menteri, Maurice Bishop (yang telah dibunuh). Reagan berkata ‘Kita tidak boleh membiarkan komunis apaches untuk mengambil alih taman peribadi kita’.

Kesan : Serangan US Marine, penindasan kejam dan pemulihan kawalan ke atas negara.


3. Perang Panama (1989)

Pembohongan Media : Pencerobohan oleh tentera marin Amerika Syarikat adalah dirancang untuk menangkap presiden Manuel Noriega yang dituduh mengedar dadah.

Manuel Noriega menjadi kambing hitam kerakusan US

Analisis Perang : Ejen CIA Noriega mendakwa kedaulatan terusan Panama berada pada akhir pajakan. Ini tidak dapat diterima oleh Amerika Syarikat yang terus mahu menguasai terusan Panama..

Matlamat : Untuk mengekalkan kawalan Amerika Syarikat (komunikasi strategik).

Kesan : Amerika Syarikat telah mengebom dan membunuh 2000 hingga 4000 orang awam, berita yang diabaikan oleh media.


4. Perang Iraq (1991)

Pembohongan Media : Iraq mencuri inkubator di Kuwait (Bandar Materni).

Analisis Perang : Media ciptaan yang dihasilkan oleh Hill & Knowlton agensi pengiklanan, yang dibayar oleh Pemerintah Kuwait sendiri.

Liga Arab juga bersekutu dalam menyerang Iraq

Matlamat : Untuk mencabar Timur Tengah dan untuk mengekalkan dominasi Amerika Syarikat dan mengekalkan kawalan tentera Israel ke atas rantau tersebut.

Kesan : Tak terkira jumlah mangsa semasa perang, diikuti oleh sekatan dalam tempoh yang lama termasuk ubat-ubatan.


5. Perang Somalia (1993)

Pembohongan Media : Bernard Kouchner mengakui dirinya sebagai wira kempen kemanusiaan di Somalia.

Analisis Perang : Empat syarikat besar Amerika Syarikat telah membeli satu perempat daripada Somalia yang kaya dengan hasil bawah tanah, terutamanya minyak.

Matlamat : Untuk mengawal ketenteraan di rantau strategik.

Kesan perang terhadap rakyat Somalia

Kesan : Tidak dapat mengawal Somalia, Amerika Syarikat mengekalkan negara ini di dalam huru-hara.

6. Perang Bosnia (1992 – 1995)

Pembohongan Media : Firma Amerika Syarikat Ruder Finn dan Bernard Kouchner mengecam panggilan ‘kem-kem penghapusan Serbia’.

Analisis Perang : Ruder Finn dan Kouchner berbohong. Orang-orang kem tahanan perang bersedia untuk pertukaran. Presiden Muslim Bosnia Itzebegovic mengakuinya.

Matlamat : Menyerahkan kawasan tersebut untuk kawalan multinasional, mengawal Sungai Danube dan jalan Balkan.

Kesan : Empat tahun perang menakutkan untuk semua bangsa (Bosnia, Serb dan Croatia).


7. Perang Yugoslavia (1999)

Pembohongan Media : Telah berlaku pembunuhan beramai-ramai di Albania dan Kosovo oleh tentera Serbia.

Analisis Perang : Pembohongan besar seperti mana yang diakui oleh Jamie Shea, jurucakap rasmi NATO.

Matlamat : Untuk mengenakan kawalan NATO ke atas kawasan Balkan dan transformasi sebagai Pasukan Polis. Juga untuk membina pangkalan tentera Amerika Syarikat di Kosovo.

Kesan : 2000 mangsa pengeboman NATO. Pembersihan etnik Kosovo oleh Tentera Pembebasan Kosovo yang dilindungi oleh NATO.


8. Perang Afganistan (2001)


Pembohongan Media : Bush mahu membalas dendam selepas 9/11 dan menangkap Osama Bin Laden.

Analisis Perang : Tidak ada bukti kewujudan pertubuhan Al-Qaeda. Bagaimanapun, Taliban telah mencadangkan untuk mengekstradisi Bin Laden.

Matlamat : Untuk kawalan ketenteraan rantau Asia ini yang strategik, untuk membina satu saluran paip merentasi Afghanistan untuk mengawal pembekalan tenaga Asia Selatan.

Kesan : Pekerjaan jangka panjang dan peningkatan besar-besaran pengeluaran candu dan penyeludupan.

9. Perang Iraq (2003)

Pembohongan Media : Saddam telah menggunakan senjata kimia berbahaya yang mengakibatkan kemusnahan yang dinyatakan Colin Powel pada PBB.

Media memainkan peranan awal dalam kejatuhan Saddam

Matlamat : Kawalan semua sumber minyak dan kemungkinan untuk memeras ugut pesaing seperti Eropah, Jepun dan China.

Kesan : Iraq dalam keadaan huru-hara dan perang saudara.

10. Perang Venezuela-Ecuador (2008)

Pembohongan Media : Hugo Chavez menyokong keganasan, mengimport senjata dan seorang diktator.

Analisis Perang : Chavez dijatuhkan kerana beliau seorang anti Semitik (anti yahudi).

Matlamat : Syarikat-syarikat utama Amerika Syarikat mahu mengekalkan kawalan ke atas minyak benua dan sumber-sumber lain. Mereka takut kebebasan demokrasi dan sosial Amerika Latin.

Kesan : Washington mengetuai dunia dalam memerangi seluruh benua selatan seperti sabotaj ekonomi, memeras ugut, pemasangan pangkalan tentera Amerika Syarikat di kawasan yang kaya dengan hasil bumi.

Lelaki Ini Tergamam Kekasihnya Tolak Lamaran di Tempat Awam ( Video ).

Seorang lelaki terkejut seolah-olah tidak percaya apa yang telah berlaku selepas teman wanitanya menolak lamarannya di hadapan orang ramai yang sedang duduk di kawasan kedai makanan sebuah pusat beli-belah Sherman Oaks Galleria di Los Angeles baru-baru ini.


Kejadian itu (lihat video di bawah) menunjukkan lelaki tersebut melutut sebelum berdiri semula di depan teman wanitanya dengan seorang pemain gitar menyanyikan lagu klasik Sweet Caroline.

Wanita tersebut kelihatan amat terkejut dan tersenyum semasa kekasihnya membuat lamaran itu. Lelaki itu melutut sambil mahu menyerahkan sebentuk cincin kepadanya manakala orang ramai bertepuk tangan.

Namun, lelaki itu berada dalam keadaan yang terkejut seolah-olah tidak mempercayai apa yang berlaku kerana kekasihnya yang dikenali sebagai Caroline berkata: "Oh Tuhan, apa yang kamu lakukan?".

Wanita itu kemudian meninggalkan lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan tergamam. Pemain gitar tersebut berusaha menenteramkan lelaki itu yang kelihatan amat kecewa.

Adussss.Kesian gilee.

Wanita Ini Di Bunuh Dan Cebisan Badannya Diberi Kepada Anjing ( 6 Gambar).


Penjaga gol yang disebut-sebut bakal bermain untuk skuad Brazil dalam Piala Dunia 2014 semalam mengaku membunuh bekas teman wanitanya sebelum memberi cebisan mayat itu kepada anjing.

Bruno Fernandes De Souza, 28, sebelum itu dituduh membunuh Eliza Samudio bagi mengelak dipaksa menanggung saraan anak mereka yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan. De Souza sebelum ini menafikan terbabit dalam kematian Eliza, 25, tetapi ketika perbicaraan dilangsungkan di mahkamah semalam, bekas pemain kelab Flamengo itu menceritakan bagaimana pasangannya itu dibunuh.

Kata De Souza, kawan baiknya, Luiz Henrique Romao mengupah seseorang untuk membunuh Eliza. Walaupun tidak mampu mengarahkan bekas kekasihnya dibunuh, De Souza mengaku menerima bantuan Romao. De Souza dituduh merancang penculikan Eliza dan membunuh wanita terbabit dengan bantuan lapan orang lain, termasuk isterinya, Dayane, seorang lagi bekas kekasihnya, seorang sepupu dan bekas anggota polis, Marcos Santos.

Pendakwa berkata, De Souza melihat Santos menyeksa Eliza sehingga mati sebelum membantu bekas anggota polis itu memotong mayat mangsa. Sebahagian daripada cebisan mayat Eliza diberi kepada anjing De Souza sebagai makanan, manakala selebihnya ditanam di bawah lapisan simen. Dalam perbicaraan awal, Romao didapati bersalah membunuh Eliza dan dihukum penjara 15 tahun.

Santos pula akan mula dibicarakan bulan depan. Sebelum ditangkap, De Souza disebut-sebut akan berpindah ke kelab AC Milan.

Ketika disoal siasat, dia mendakwa, Eliza masih hidup dan berada di luar negara.

Namun, dia memberitahu mahkamah di Contagem, sepupunya, Jorge Rosa, menyaksikan pembunuhan itu dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya. “Selepas diculik, Eliza dibawa ke rumahnya di Belo Horizonte dan Santos yang diupah sebagai pembunuh menunggu di situ,” katanya.

Eliza yang didakwa pernah menjalin hubungan dengan bintang Real Madrid, Cistiano Ronaldo berselisih faham dengan de Souza selepas hamil akibat hubungan sulit mereka.

De Souza dan Eliza bertemu kali pertama pada Mei 2009.




Eliza Samudio

Eliza juga dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Ronaldo.