Baru-baru ini, terdapat desas-desus yang mengatakan pelawak, pengacara terkenal Zizan Razak dikhabarkan sangat rapat dengan pelakon baru Emma Ma’embong.
Hal ini kerana kehadiran Emma pada majlis hari jadinya menyebabkan ramai pihak yang berpendapat Emma mungkin adalah wanita yang dikatakan oleh Zizan.
Status di Whatsapp Emma dan Zizan juga menyebabkan ramai pihak bermula menimbulkan tanda tanya peminat. Emma dikatakan menulis ‘MRR berserta simbol hati’ pada status WhatAppnya manakala Zizan pula meletak status ‘MRR CFR’. Ramai yang mengatakan MRR itu seakan-akan membawa maksud Mohd. Razizan Razak dan CFR pula macam Cinta Fatimah Rohani.
Emma juga dikatakan di bawah pengurusan syarikat milik Zizan.
Ibu kepada pelawak dan pengacara terkenal itu juga mendedahkan bahawa hubungan rapat antara anaknya dan Emma Maembong memang sudah terjalin sejak 2 tahun lalu dan akui sebelum ini pelakon wanita tersebut juga pernah datang ke rumahnya.
“Saya tak tahu sejauh mana seriusnya hubungan Zizan dan Emma, yang saya tahu hubungan mereka terjalin sejak 2 tahun lalu lagi. Seingat saya ketika itu, Emma ada datang ke rumah terbuka kami dan saya hanya anggap dia datang sebagai kawan Zizan. Setakat ini, Zizan tidak pernah pun bercerita secara serius mengenai Emma kepada saya dan saya hanya baca cerita mengenainya di akhbar.” kata ibu pelawak tersebut.
Mereka juga kelihatan sering bersama dan memuat naik video “Keek” bersama.
Akui sibuk dengan perkembangan terkini mengenai kariernya, Emma juga berkata, dia kini semakin sibuk mengatur jadualnya kerana terlibat dalam penggambaran filem terbaru arahan Mamat Khalid dan bakal menjalankan penggambaraan sebuah drama baru.
Emma juga mengakui bahawa dia tidak pernah menolak jika jodohnya sampai dalam usia muda kerana itu semua adalah ketentuan daripada Ilahi.
Ibu pelawak tersebut juga menyatakan bahawa dia sebenarnya tidak kisah dengan siapa anaknya ingin berkahwin, asalkan wanita tersebut dapat memahami kerjaya Zizan sebagai seorang selebriti.
Apa-apa pun jika benar Emma adalah pilihan hati Zizan, mereka tetap nampak secocok apabila bersama.
No comments:
Post a Comment