CANDY Crush Saga – permainan maya yang sangat popular dalam kalangan pengguna telefon pintar dan tablet pada hari ini. Bagai mempunyai magnet, sekali cuba pasti pemain akan berasa seperti ketagih untuk terus merentas level demi level teratas.
Sungguh pun permainan ini boleh dimuat turun secara percuma, tanpa disedari ramai pengguna terjebak untuk mengeluarkan belanja akhirnya semata-mata demi kepuasan hati dan hilang sabar.
Hal ini kerana semakin tinggi level permainan akan bertambah tinggi kesukaran untuk menyudahkannya. Tidak hairanlah pengguna mudah terumpan untuk mendapatkan ‘nyawa’ tambahan dan lain-lain kelebihan bagi memenangi permainan dengan cara membayar sedikit kos.
Perkara ini dimaklumi oleh semua peminat permainan maya termasuk Candy Crush.
Di sebalik fenomena dicetuskan Candy Crush, pihak paling untung sudah tentulah pembangunnya, King.com Limited.
Bagi permainan yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada September 2012 ini, syarikat berkenaan mengaut sebanyak USD633,000 sehari (RM2,018,853) atau bersamaan USD6.7 juta (RM21 juta) setahun.
Bagi permainan yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada September 2012 ini, syarikat berkenaan mengaut sebanyak USD633,000 sehari (RM2,018,853) atau bersamaan USD6.7 juta (RM21 juta) setahun.
Jika mengambil kira sebanyak 6.7 juta pemain aktif Candy Crush, secara purata seorang pemain membelanjakan sebanyak USD2.84 atau RM9.05 untuk permainan ini setiap hari.
Candy Crush Saga boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan boleh digunakan di iPhone, iPad dan iPod.
Apa pun, berhati-hatilah! Daripada permainan yang hanya percuma pada mulanya, tidak mustahil anda mungkin salah seorang penyumbang jutaan ringgit keuntungan harian King.com Limited selepas ini.
No comments:
Post a Comment