Yang diculik hanyalah Ng Mun Tatt, manakala teman wanitanya tidak diapa-apakan. Menariknya sewaktu diculik, barang-barang berharga seperti dompet, telefon bimbit dan rantai emasnya, telah ditanggalkan dan diserahkan kepada teman wanitanya sebelum dia dilarikan.
Wong Mun Tatt telah ditemui beberapa jam kemudian oleh seorang penunggang motosikal dalam keadaan bogel di tepi jalan KM4.5, Lebuhraya DUKE (Jalan Duta hala ke Hulu Kelang) berhampiran susur masuk ke Setiawangsa dalam keadaan bogel sepenuhnya.
Seluar, baju, pakaian dalam dan boxer telah dilarikan oleh penculik.
Ketika diselamatkan oleh beberapa orang anggota polis selepas menerima laporan daripada seorang penunggang motosikal, Wong Mun Tatt mendakwa badannya telah diconteng oleh suspek kerana geram dengan perbuatannya.
Dalam pengakuannya, Wong Mun Tatt mengakui bahawa selama ini, dia telah banyak melakukan kerja-kerja kotor untuk DAP, termasuklah menghina orang Islam dan orang Melayu menerusi laman sosial peribadi seperti Facebook dan Twitter.
Bahkan dia juga telah mencampakkan bangkai babi di hadapan rumah dan surau orang Melayu yang menjadi sasaran agenda politik untuk mencetuskan ketegangan kaum.
Wong Mun Tatt enggan membuat laporan polis berhubung insiden yang menimpanya kerana bimbang segala perbuatannya sebelum ini akan terbongkar dan akan mendedahkan lebih ramai individu.
Dalam satu kenyataannya yang lain, dia tidak mahu kejadian yang menimpa Teoh Beng Hock menimpa dirinya pula.
Sehingga kini, hanya satu laporan polis telah dibuat iaitu daripada penunggang motosikal yang menemui Wong Mun Tatt dalam keadaan bogel di tepi jalan.
Lelaki ini juga sebenarnya adalah pemilik dan pengendali enam buah premis yang menyediakan perkhidmatan judi online. Premis-premisnya telah dua kali diserbu dan disita manakala peralatan perjudian turut dirampas.
Bagaimanapun, tidak lama selepas tindakan pihak berkuasa, premis-premisnya kembali beroperasi di Sri Muda.
No comments:
Post a Comment