Pelakon, Maria Farida akui tidak terkejut dengan kontroversi yang melanda pelakon, Shah Jaszle yang pernah menjadi kekasihnya sebelum ini.
"Saya tak terkejut pun perkara itu berlaku," katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan produk terbaru Habib Jewels, hari ini.
Maria menegaskan sudah tidak mengambil tahu tentang Shah selepas kisah cinta mereka berakhir.
"Selepas dah tak ada apa-apa, saya tak nak ambil tahu langsung tentang dia.
"Tapi sebab orang bercerita, saya dapat tahu tentang kes tersebut," katanya.
Beberapa tahun lalu, kisah cinta Maria dan Shah menarik tumpuan.
Selepas berpisah, Shah bercinta pula dengan pelakon, Miera Liyana.
No comments:
Post a Comment