Satu cerita panas berkaitan isu Matyo dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Disini satu kontroversi terjadi apabila isteri kepada penyerang terkenal ini masuk campur dalam hal hutang yang melibatkan Mat Yo dan KAFA.
Kes ini terjadi kerana ia melibatkan isu perpindahan Mat Yo dari Kelantan ke Johor Darul Takzim.
Kes Mat Yo: Kafa tuntut RM1 juta
RM1juta! Itu nilai sebenar tuntutan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) jika mahu menyelesaikan konflik perpindahan Norshahrul Idlan Talaha ke Johor Darul Takzim FC.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah tersebut dianggap munasabah berdasarkan status Norshahrul Idlan atau dikenali Mat Yo sebagai penyerang utama kebangsaan dan penerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) tiga musim berturut-turut.
“Bila saya bercakap, orang beri gambaran saya mempolitikkan isu ini. Saya bukan jaga bola sehari dua. Sebenarnya, isu perpindahan Mat Yo jarang berlaku dan kita sendiri tertunggu nak tengok perkara ini diputuskan mengikut peraturan-peraturan yang betul,” kata beliau.
Annuar menambah: “Ada dua isu melibatkan Mat Yo iaitu perpindahan dan penamatan kontrak.”
Katanya, Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang pertama kali bermesyuarat baru-baru ini memutuskan dia boleh pindah.
“Kita pun tak bantah, asalkan mengikut syarat-syarat ditetapkan dan segala hak Kafa dipertahankan.
“Dia sendiri hantar surat bertarikh 30 Oktober 2012 untuk menamatkan kontrak berkuat kuasa pada 1 November,” katanya.
Justeru kata beliau, ia bermakna penamatan kontrak dia berlaku 13 bulan lebih awal melibatkan nilai lebih RM300,000, yuran perpindahan minimum ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000, pinjaman perumahan lebih RM100,000, selain insentif dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana penaja menarik diri.
Justeru kata beliau, ia bermakna penamatan kontrak dia berlaku 13 bulan lebih awal melibatkan nilai lebih RM300,000, yuran perpindahan minimum ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000, pinjaman perumahan lebih RM100,000, selain insentif dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana penaja menarik diri.
No comments:
Post a Comment