“Siapa yang tidak mahu berkahwin tetapi buat masa ini saya belum menemukan jodoh malahan hingga kini masih belum mempunyai teman wanita apatah lagi calon isteri,” itulah luahan hati pelakon, Fahrin Ahmad apabila ditanya mengenai bila dirinya akan menamatkan zaman solonya.
“Kerisauan saya semakin di rasai apabila beberapa bulan yang lepas saya mengalami demam teruk dan hanya terbaring seorang diri di rumah. Mulalah terfikir, siapa nak jaga dan uruskan saya bila saya sakit.”
“Sejak itulah saya semakin merasa memerlukan seseorang sebagai peneman hidup. Mak saya pun bercakap pasal yang sama kepada saya,” ujarnya.
Perkembangan terbaru mengenai kerjayanya, Fahrin bakal muncul dengan lakonan menerusi drama rantaian berjudulRindu Bertamu di Abu Dhabi yang bakal menemui penonton mulai 11 Februari ini di TV3.
No comments:
Post a Comment