Tiada insan yang tidak membuat kesilapan, namun paling sukar apabila insan itu enggan mengakui kesilapannya itu. Berbeza dengan Yasmin Hani, Yasmin memohon maaf seandainya gambar suaminya yang bertatu tempoh hari menjadi kesalahan.
Menurut Yasmin lagi, "Jika ia satu kesilapan, saya mohon maaf dan saya juga belajar dari kesilapan. Saya harap tiada lagi pihak yang akan memperbesar-besarkan isu terbabit lagi," begitulah luahan pelakon dan pengacara, Yasmin Hani berhubung isu lukisan inai menyerupai tatu di lengan suaminya, Sha'arin Razali, baru-baru ini.
Pada 8 Jun lalu, Hani dan suaminya telah terbang ke Bali, Indonesia untuk bercuti bersama dan Hani juga ada memuat naik beberapa gambar sepanjang mereka di sana.
Namun, yang menjadi perhatiannya adalah dua keping gambar, sekeping gambar berdua yang memperlihatkan lengan suaminya seperti mempunyai tatu dan sekeping lagi gambar yang memperlihatkan Sha'arin seperti melukis tatu di lengan.
Menurut Hani, dia menjangkakan melukis inai di lengan sama seperti apabila wanita yang ingin berkahwin melukis inai di tangan dan kaki mereka. Bagaimanapun, dia tidak sangka perkara ini menjadi isu dan perhatian ramai pihak.
"Selepas isu ini keluar, saya ada juga mencari maklumat tentang hukum melukis inai di tubuh. Saya juga kurang pasti dengan perkara ini dan setiap teguran yang diberikan, saya terima dengan hati terbuka.
"Cuma saya agak kesal dengan teguran dengan kata-kata kesat. Bagi saya, kata-kata menggambarkan diri kita yang sebenar. Saya bukan tak solat dan tak tahu hukum hakam langsung.
"Lagipun lukisan itu telah pun hilang beberapa hari kemudian. Cukup-cukuplah bermain dengan isu ini. Ada banyak lagi isu besar yang perlu diberi perhatian," ujarnya kesal.

No comments:
Post a Comment