RM433.1 Juta Jika Berjaya Memikat Anaknya (6 Gambar)

Seorang jutawan tempatan menggandakan jumlah tawaran wang kepada mana-mana lelaki yang berjaya menambat hati anak perempuannya yang lesbian untuk berkahwin.

Tawarannya sebanyak HK$500 juta (RM215 juta) yang dibuat tahun lalu sudah menarik minat 20,000 calon dua tahun lalu.




Cecil Chao, 77, mengikut laporan The Edge Malaysia, menggandakan tawaran itu kepada RM433.1 juta kepada lelaki yang berjaya menawan hati anaknya, Gigi.

“Saya tidak yakin tawaran itu akan menemukan saya dengan lelaki idaman saya,” kata Gigi kepada sebuah media tempatan.

Tolonglah Kahwini Anak Lesbianku Itu, Aku Beri RM433 Juta! - Jutawan HK

“Saya lebih gembira dan berbaik dengan lelaki yang sanggup menderma kepada badan kebajikan saya dan yang penting, mereka tidak kisah saya sudah mempunyai ‘isteri’. “Terakhir sekali, terima kasih ayah, saya sayang ayah juga,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Gigi dilaporkan hampir mengahwini Eav – pasangannya selama sembilan tahun – dalam satu majlis di Perancis pada awal 2012, kerana perkahwinan sesama jantina tidak diiktiraf di Hong Kong.





Tawaran Chao yang mendapat perhatian seluruh dunia sebelum ini gagal mengubah pendirian Gigi mengenai cara hidupnya.

Gigi memberitahu media, tindakan ayahnya itu melambangkan betapa besar kasih sayang ayahnya terhadapnya.






No comments:

Post a Comment