Pelakon Manohara Odelia Pinot mengambil langkah membuat tatu
merah pada bibirnya agar ia sentiasa kelihatan merah, tanpa perlu menggunakan
solekan.
Menurut laporan portal Kapanlagi, Manohara membuat keputusan
itu selepas merasakan dia sukar memperuntukkan masa untuk menyolekkan wajahnya
setiap kali keluar rumah.
"Saya seorang yang tidak boleh keluar rumah tanpa
sebarang solekan di wajah. Kesibukan saya sebagai pelajar jurusan fesyen dan
pelakon membuatkan saya tidak ada masa untuk meletakkan gincu pada setiap masa.
Manohara sanggup membuat tatu di bibir demi kecantikan
wajahnya.
"Jadi rasanya, melakukan tatu adalah jalan penyelesaian
yang paling mudah di mana saya tidak perlu berfikir untuk memakai gincu setiap
masa," ujarnya.
Tambah Manohara, pada mulanya dia agak takut untuk berbuat
demikian, namun selepas bertatu, rasa sakit yang dialami tidaklah seteruk yang
disangka.
Manohara sebelum ini pernah berkahwin dengan kerabat
Kelantan iaitu Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.
No comments:
Post a Comment