Mesir dan
Palestin antara negara timur tengah yang dilanda ribut salji pada Jumaat lalu.
Banyak berita
yang tersebar menyatakan fenomena turunnya salji di Mesir adalah yang pertama
sejak lebih 100 tahun, namun pakar meteorologi Mesir menyatakan ianya mungkin
tidak selama itu.
Di Jurusalem
atau Al-Quds Palestin, salji dikatakan turun dengan agak lebat dan melumpuhkan
aktiviti seharian disana. Kali terakhir Jurusalem direkodkan dilanda ribut
salji ialah pada tahun 1953.
Selain
sebahagian Mesir dan Palestin, sebahagian Lubnan, Jordan dan Syria juga
menghadapi situasi cuaca yang sama.
Apa yang
dibimbangi ialah cuaca sejuk melampau ini jika berterusan membawa situasi
meruncing dibeberapa penempatan pelarian Syria dimana setakat ini sudah pun ada
kes kematian dilaporkan berikutan kurangnya keperluan dan kelengkapan bagi
menghadapi cuaca tersebut.
Justeru itu
usaha mendapatkan bekalan dan bantuan selimut dan baju tebal giat dijalankan
dipenempatan-penempatan pelarian Syria terutamanya dikawasan yang dilanda
salji.
Lagi gambar
di bawah:
No comments:
Post a Comment