Penyanyi
Shinta Bachir terkejut, ketika pertama kali mengetahui bahawa video dirinya
yang sedang menukar pakaian tersebar di internet. Berita ini menurutnya adalah
ujian untuk dirinya yang memutuskan untuk berhijab.
"Aku
benar-benar terkejut, apabila diberitahu oleh teman-teman wartawan. Ya aku
sedar ini adalah ujian bagi aku untuk lebih dekat dengan Allah," ujarnya
melalui BBM, Isnin lalu (23/12).
Dek kerana
perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu, Shinta mengaku telah menanggung malu
dan merancang untuk mengambil tindakan undang-undang.
"Iya aku
akan laporkan kes ini kepada pihak berkuasa. Video itu diambil ketika shooting
film Pulau Hantu 3 pada tahun 2011," tegasnya.
Berita
tersebarnya video tersebut diakui dan telah diketahui oleh orang-orang terdekat
dan keluarga Shinta Bachir. Wanita yang pernah digosipkan memiliki hubungan
dengan petinggi Polri itu pun khuatir jika orang tuanya juga akan terkejut
mengetahui mengenai video tersebut.
"Tapi
aku hanya memberitahu kawan-kawan yang terdekat dan mereka memberi sokonga dan
menganggap ini adalah ujian untuk berubah menjadi baik. Tapi orang tuaku belum
tahu, aku juga takut kalau mereka tahu. Namun aku yakin Allah lebih mengetahui
di balik ini semua," katanya.
No comments:
Post a Comment