Jutawan muda
di Thailand. Walaupun dirinya kini hidup penuh dengan kekayaan, namun ia
bukanlah bermula dengan kesenangan. Pemuda ini terpaksa melalui detik sukar dan
sering mengalami kerugian semasa menjalankan perniagaannya.
Top Ittipat
merupakan seorang pelajar bermasalah di sebuah sekolah di Thailand. Top sering
dibandingkan oleh cikgunya dengan abang serta kakak nya yang jauh lebih baik
daripada Top ketika berada di bangku sekolah sepertinya.
Seperti
remaja lain seusia dengannya, Top sangat suka bermain game online. Disebabkan
hobinya itu, Top sering mengabaikan pelajarannya dan dia juga tidak pernah
memikirkan masa depan hidupnya sendiri.
Ketika
bermain game online, Top mula mendapatkan duit pertamanya sendiri dengan
menjual senjata didalam game tersebut dengan transaksi duit sebenar.
Dengan bisnes
“weapon trading” dalam game online ini, Top berjaya mengumpulkan sebanyak 1
juta Bahtdan kemudiannya dia membelanjakan duit tersebut untuk membeli sebuah
kereta pada harga 600 Baht.
Tetapi
malangnya, urus niaga yang berlaku dalam game online tersebut terbongkar dan
disenaraikan sebagai tidak sah, akibatnya Top diharamkan daripada terus bermain
game online tersebut.
Dalam masa
yang sama, peniagaan kedua ibu bapa Top menghadapi masalah kewangan yang teruk.
Top sendiri tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam kerana
keputusan peperiksaan yang teruk dan dia terpaksa belajar di Universiti Swasta
dengan yuran yang sangat mahal.
Untuk
mendapatkan duit bagi menampung yuran dan perbelanjaannya di Universiti kelak,
Top menjalankan bisnes menjual DVD Player dengan menggunakan duit baki bisnes
game online sebagai modal.
Malangnya,
DVD Player yang ingin dijual tersebut gagal kerana Top ditipu oleh penjual DVD
Player cetak rompak tersebut. DVD Player tersebut merupakan barangan palsu
buatan China dan mudah rosak.
Akhirnya Top
mula menyedari kesilapannya mengabaikan pelajaran sewaktu di bangku sekolah
dahulu. Tetapi dia tidak pernah putus asa. Dia menjadi semakin bersemangat dan
mula memikirkan idea baru untuk bisnesnya yang akan datang.
Top
kemudiannya memulakan perniagaan menjual kacang rebus setelah menyewa sebuah
mesin pemproses kacang rebus daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di
negara Jepun.
Top mulakan
dengan belajar cara membuat kacang rebus di sekitar pasar tani dan kemudian
mengaplikasikannya sendiri di dapur rumahnya menggunakan mesin yang telah
disewanya tadi. Akhirnya Top berjaya menghasilkan kacang rebus yang sangat
sedap dan disukai oleh setiap orang yang merasa kacang tersebut.
Dengan
bantuan daripada pakcik nya, Top mula menyewa tapak perniagaan di sebuah
shopping mall berdekatan rumahnya. Pada awalnya perniagaan di mall tersebut
tidak memberikan pulangan yang memberangsankan sehinggalah Top bertindak
menukar lokasi perniagaan nya ke tempat yang lebih strategik iaitu di hadapan
pintu masuk shopping mall tersebut.
Sambutan yang
diterima selepas itu sangat memberangsankan dan disebabkan ini Top mencongak
untuk meluaskan lagi perniagaan nya dengan menyewa lebih banyak mesin pemproses
dan menggajikan pekerja untuk mengendalikan gerainya yang lain.
Kejayaan
kacang rebus Top ini tidak berpanjangan apabila pihak atasan shopping mall
tersebutmembatalkan kontrak semua gerai milik Top kerana asap yang terhasil
daripada mesin miliknya merosakkan bumbung mall tersebut dan mengganggu
perniagaan lain yang ada di situ.
Top berasa
sangat sedih dan kecewa. Pada waktu itu Ibu Bapa Top mengajaknya untuk
berpindah ke China kerana bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh syarikat
bapanya semakin tidak terkawal.
Top berkeras
mahu tinggal terus di Thailand dan menolak pelawaan ibu bapanya untuk
bersama-sama mereka tinggal di China dengan abang dan kakaknya di sana. Dia
mahu mencuba satu lagi bisnes untuk melangsaikan hutang keluarganya yang ketika
itu mencecah angka 40juta Baht.
Daripada
perniagaan kacang rebus, Top beralih kepada perniagaan rumpai laut pula. Idea
untuk menjual rumpai laut ini bermula ketika bekas kekasihnya memberikan Top
snek rumpai laut untuk meredakan kesedihannya pada waktu itu.
Bermacam
usaha dilakukan oleh Top untuk menjayakan bisnes rumpai lautnya pada kali ini.
Bermula dengan modal 100 ribu Baht, Top memborong sebanyak mungkin rumpai laut
mentah dan pakcik nya pula akan mencuba sendiri untuk memasak rumpai laut
tersebut.
Top juga
turut belajar cara untuk mengawet rumpai laut tersebut supaya lebih tahan lama
dan tidak mudah rosak. Ketika itu Top juga terfikir untuk meletakkan produk
buatannya itu di kedai-kedai milik 7 Eleven yang ada di serata Thailand ketika
itu. Disebabkan standard tinggi 7 Eleven, usaha Top untuk menjual produknya di
setiap rangkaian kedai 7 Eleven amatlah sukar.
Dia tidak
mempunyai tenaga kerja yang banyak dan dapur rumahnya merupakan kilang dia
menghasilkan snek rumpai lautnya. Top tidak mahu segala usaha dan penat
lelahnya menjadi sia-sia sahaja. Akhirnya Top mencuba sedaya upaya untuk
membuka sebuah kilang pemproses menggunakan kedai peninggalan bapanya yang
sudah tidak digunakan lagi dan mengupah beberapa orang pekerja untuk menghasilkan
72,000 bungkus snek rumpai laut untuk dipasarkan di 7 Eleven mengikut tempoh
waktu yang ditetapkan.
Top akhirnya
berjaya memenuhi permintaan 7 Eleven dan produknya dipasarkan di 3000 buah
kedai 7 Eleven di seluruh Thailand dan kemudiannya semakin berkembang
sehinggalah kini kita di Malaysia juga boleh merasai Tao Kae Noi yang
dihasilkannya.
Pada usia 26
tahun, Top berjaya membayar semula kesemua hutang keluarganya dan memiliki
perniagaan yang maju dan kukuh. Dia juga dinobatkan sebagai billionair muda
Thailand.
No comments:
Post a Comment