Tidak dinafikan bahawa bisnes makanan segera KFC adalah
antara restoran franchise paling terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di
seluruh dunia. KFC memang terkenal, tapi tahukah anda apa cerita di sebalik
kejayaan KFC? Yang kita tahu ialah pengasasnya ialah seorang lelaki
berambut putih, bermisai putih, berjanggut putih ala-ala kambing, berkacamata,
dan memakai bowtie hitam serta berpakaian sut putih.
Meh baca beberapa fakta sejarah KFC yang jarang diketahui
oleh rakyat Malaysia.
1. Pengasas KFC bernama Colonel Harland D. Sanders lahir
pada 9 September 1890.
2. Pada tahun 1986, ketika berumur 6 tahun, ayahnya telah
meninggal dunia dan Colonel mengambil alih tugas memasak untuk keluarganya
manakala ibunya keluar bekerja.
3. Pada sekitar tahun 1930an, Colonel telah melakukan banyak
jenis pekerjaan sebelum dia mula memasak untuk para pengembara yang kelaparan
di pusat servisnya di Corbin, Kentucky, ketika berusia 40 tahun. Ayam gorengnya
sangat bagus. Dia kemudiannya membuka satu restoran di sepanjang jalan Corbin.
4. Ketika berusia 50 tahun, Colonel menyempurnakan ayam
Resipi Originalnya dengan menggunakan kombinasi 11 herba dan rempah ratus dan
kemudian memasaknya dengan teknik pressure-cooked. Dia kemudiannya menerima
pengiktirafan "Kentuck Colonel".
5. Pada sekitar tahun 1950an, Colonel Sanders mengembara ke
seluruh Amerika dan Canada dengan menggunakan kereta. Dia bergerak dari
restoran ke restoran untuk franchaising bisnes ayam gorengnya.
6. Di Malaysia, restoran KFC pertama dibuka di Jalan Tunku
Abdul Rahman pada tahun 1973. Kini terdapat lebih 500 cawangan KFC di selurh
negara dan berpuluh ribu lagi di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment