Sungai Citarum yang
terletak di Kepulauan Jawa diishtiharkan sebagai sungai paling tercemar di
dunia untuk tahun 2013 oleh Green Cross Switzerland dan Blacksmith Instute. Ia
juga merupakan salah sebuah dari 10 kawasan paling tercemar di muka bumi.
Sungai Citarum dicemari sisa baja, cadmium, plumbun dan chromium yang tinggi.
Air sungai ini diuji dan mempunyai kadar plumbum 1000 kali ganda lebih tinggi
dari normal. Punca pencemaran ialah perladangan dan kilang penghasilan kain
yang dibina berhampiran sungai. Sungguhpun airnya tercemar ianya masih
digunakan oleh penduduk setempat untuk kegunaan harian.
Kerajaan Indonesia
diberikan pinjaman USD 500 juta oleh Bank Pembangunan Asia bagi mengurangkan
pencemaran dan proses pemulihan sungai. Ini harus dilakukan kerana 5 Juta orang
tinggal sepanjang sungai ini dan ianya menjadi sumber air Bandaraya Jakarta.
No comments:
Post a Comment