Perkahwinan Edisi Jimat Cermat (10 Gambar)

Sebuah akhbar tempatan melaporkan secara purata pasangan Melayu sekarang meminjam RM 85 000 semata-mata untuk mengadakan majlis perkahwinan. Belum apa-apa lagi pasangan yang baru bernikah sudah berhutang. Statistik JAKIM pula menunjukkan masalah kewangan juga merupakan faktor utama mengapa pasangan memilih untuk bercerai. Jelas disini orang Melayu membelanjakan terlalu banyak duit untuk berkahwin.. Mungkin kita harus lebih beringat dalam berbelanja. Kita tidak perlukan majilis resepsi yang gah. Tak perlu hotel 19 bintang dan bertukar busana sebanyak 7 kali untuk menunjukkan anda berkahwin.

Jadi mungkin kita harus berjimat seperti pasangan Steven dan Emily Asher yang hanya membelanjakan GBP 150 (RM 498) untuk menjamu 33 tetamu resepsi mereka di McDonalds. Pasangan dari Bristol UK ini mengadakan resepsi mereka di restoran makanan segera kerana ianya lebih ekonomikal. 




No comments:

Post a Comment