Taufan Haiyan yang melanda Filipina 7 hari yang lalu
mengakibatkan ribuan rakyat Filipina terkorban dan ribuan lagi kehilangan
tempat tinggal. Pada awalnya dianggarkan 10 000 orang terkorban tetapi kini
jumlah rasmi yang diberikan kerajaan Filipina ialah sekitar 3500 orang. Setelah
seminggu mayat yang terkorban harus segera dikebumikan sebelum mendatangkan
mudarat kepada mereka yang terselamat. Di Bandar Tacloban, kubur
gergasi yang memuatkan ratusan mangsa digali khamis lalu. Mangsa-mangsa yang
terkorban ini dikebumikan tanpa ada istiadat agama ataupun mangsanya dikenal
pasti. Mayat ditanam secara bertingkat-tingkat di dalam beg mayat hitam.
No comments:
Post a Comment