Beberapa negara di dunia dikenali sebagai negara yang banyak
dikunjungi oleh pelancong, seperti Perancis, Jepun, Belanda, Jerman, Malaysia,
Thailand dan banyak lagi. Namun sebaliknya terdapat juga beberapa negara di
dunia yang paling jarang dikunjungi.
Berikut 10 negara di dunia yang jarang sekali mendapat
kunjungan pelancong asing, seperti yang dikeluarkan oleh akhbar Newser.
1. Nauru
Tak pernah mendengar nama Nauru? Nauru adalah sebuah negara
berbentuk pulau kecil yang terletak di sebelah timur Indonesia. Dihuni oleh
orang Micronesia dan Polinesia, negara kecil ini dikatakan menjadi milik Jerman
pada akhir abad ke-19. Pada Perang Dunia pertama, Nauru berada di bawah jajahan
New Zealand, sementara pada Perang Dunia kedua, Nauru berada di bawah
kepemimpinan Jepun. Meski begitu, Nauru berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun
1968. Pada tahun 2011, angka pelancong asing yang mengunjungi Nauru hanya 200
orang.
2. Somalia
Negara Afrika yang berjiran dengan Ethiopia ini hanya
memiliki 500 pengunjung pada tahun 2012. Tampaknya pesona negara yang terletak
di bahagian “Tanduk Afrika” ini belum berjaya menarik banyak wisatawan asing ke
negaranya.
3. Tuvalu
Tuvalu adalah sebuah negara pulau yang terletak di Lautan
Pasifik, di tengah-tengah antara Hawaii dan Australia. Pada tahun 2011, Tuvalu
hanya mendapat kunjungan dari 1200 pelancong asing.
4. Kiribati
Kiribati, atau secara rasmi disebut Republik Kiribati
merupakan negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik. Bentuk negara ini
sebenarnya sangat unik, namun tampaknya belum berjaya menarik perhatian para
pelancong dunia. Pada tahun 2011, hanya sekitar 4700 orang yang datang ke
negara berpopulasi 101093 orang ini.
5. Kepulauan Marshall
Negara kepulauan Marshall atau Marshall Island merupakan
negara pulau yang terletak di sebelah utara Lautan Pasifik. Negara ini memiliki
bentuk pulau yang berlainan iaitu memanjang dan melingkar. Keunikannya ini
berjaya mendatangkan 5000 orang pelancong asing pada tahun 2011.
6. Guinea Katulistiwa
Guinea Katulistiwa atau Equatorial Guinea merupakan salah
satu negara republik di Afrika Tengah. Dengan kawasan seluas 28000 kilometer
persegi, negara ini berjaya menarik sekitar 6000 pelancong asing pada tahun
2012 lalu.
7. Turkmenistan
Turkmenistan merupakan salah satu negara di Timur Tengah.
Negara yang berbatasan dengan Afghanistan dan Iran ini memiliki populasi
sebesar 5.1 juta. Meskipun begitu, hanya sedikit orang yang datang sebagai
pelancong. Tahun 2007 lalu, tercatat sebanyak 7000 pelancong asing yang
mengunjungi negara ini.
8. Sao Tome dan Principe
Negara yang secara rasmi disebut Republik Demokratik Sao
Tome dan Priocipe ini merupakan negara kepulauan yang terletak berdekatan
dengan garis khatulistiwa. Uniknya, negara ini terdiri di atas dua pulau yang
memiliki gunung berapi. Meski termasuk sebagai negara terkecil di Afrika, Sao
Tome dan principe berjaya mendatangkan 8000 pelancong asing pada tahun 2010.
9. Komoro
Komoro atau Republik Islam Federal Komoro adalah negara kepulauan
di Lautan Hindi. Negara Arab ini terdiri atas tiga pulau utama, iaitu Komoro
Besar, Anjouan dan Moheli. Dengan luas wilayah yang tak begitu besar, negara
Arab terkecil kedua setelah Bahrain ini berjaya menarik 15000 pelancong asing
pada tahun 2010.
10. Afghanistan
No comments:
Post a Comment