Kolam renang adalah tempat paling popular di China sebagai tempat rekreasi yang paling digemari di negara tersebut. Banyak penduduk China berpendapat bahawa berenang adalah cara rekreasi paling tepat untuk menyegarkan diri setelah beberapa hari duduk dalam hiruk pikuk kegiatan kerja dan perniagaan.
Kolam renang akan semakin banyak di kunjungi oleh pelancong tempatan pada saat musim panas berada pada waktu kemuncaknya. Uniknya ribuan orang boleh berkumpul didalam sebuah kolam renang untuk menyejukkan badan apabila suhu semakin tinggi. Terlalu rami pengunjung hingga membuat susah untuk bergerak kerana saling berasakan di dalam kolam renang yang besar.
Jumlah kolam renang umum yang kurang mencukupi untuk keperluan warganya selama musim panas, menyebabkan kerajaan China untuk mengambil inisiatif untuk membina sejumlah kolam mega. Kerajaan China membina kolam yamg mampu memuatkan sehingga 47.000 orang.
Namun langkah tersebut bukan bererti tanpa risiko, pada tahun 2008 pernah terjadi kejadian yang cukup mengejutkan di mana terdapat satu orang terbunuh dan 3158 orang keracunan kerana menelan air kolam di Mao-Mao, Beijing. Ahli toksikologi mengambil air sebagai sampel atas kejadian tersebut, hasilnya cukup mengejutkan, menurut kajian ahli toksilogi tersebut tersebut, mereka menerima keputusan hasil kandungan air kolam bersama kotoran mncapai 90% dari jumlah keseluruhan perenang yang ada dikolam tersebut. Ertinya 90% dari para pengunjung kencing di dalam kolam renang berukuran besar tersebut.
No comments:
Post a Comment