Kabbalah, Sihir Mistik Kaum Yahudi.

Kita sering dengar tentang cabang sihir di Nusantara, namun pernahkah anda dengar tentang Kabbalah? Untuk pengetahuan, Kabbalah ialah satu cabang sihir mistik Kaum Yahudi. Ancaman Kabbalah dinyatakan secara jelas di dalam video ini:

Apa Itu Kabbalah?



Encarta Encyclopedia(2005) menyebut bahawa istilah Kabbalah berasal daripada bahasa Ibrani yang memiliki pengertian luas sebagai ilmu kebatinan Yahudi atau Judaism dalam bentuk dan rupa yang amat beragam dan hanya dimengerti dan difahami oleh sedikit orang.

Berbagai ensiklopedia dan kamus mendefinisikannya sebagai suatu cabang mistik agama Yahudi dan hanya difahami sedikit orang. Menurut definisi ini, Kabbalah mempelajari erti tersembunyi daripada Taurat dan naskhah agama Yahudi. Tetapi, ketika kita mengkaji masalah ini lebih dekat, kita menemukan berbagai faktanya adalah sesuatu yang sama sekali berbeza. Fakta-fakta ini membawa kita kepada kesimpulan bahawa Kabbalah adalah suatu sistem yang berakar kepada penyembahan dan pemujaan berhala, bahawa ia wujud sebelum Taurat dan menjadi tersebar luas bersama agama Yahudi setelah Taurat diturunkan.
Fakta yang menarik tentang Kabbalah ini dijelaskan oleh sumber yang sama menariknya. Murat Ozgen, seorang Freemason Turki, menulis sebagai berikut ini di dalam bukunya, ‘Masonluk Nedir ver Nasildir?’(Apa dan Seperti Apa Freemasonry Itu?)
“Kita tidak mengetahui dengan jelas daripada mana Kabbalah datang atau bagaimana ia berkembang. Ia adalah nama umum untuk sebuah falsafah yang unik, berbentuk metafisik, esoterik, dan mistik, yang terutama berhubungan dengan agama Yahudi. Ia diterima sebagai ilmu kebatinan Yahudi, tetapi sebahagian elemen yang dikandungnya menunjukkan bahawa ia terbentuk jauh lebih dahulu dari Taurat.”


Ahli sejarah Perancis, Gougenot des Mousseaux, menjelaskan bahawa Kabbalah memang jauh lebih tua daripada agama Yahudi.
Ahli sejarah Yahudi, Theodore Reinach, mengatakan bahawa Kabbalah merupakan “suatu racun teramat halus yang menyusupi dan memenuhi nadi agama Yahudi.” Solomon Reinach mendefinisikan Kabbalah sebagai “salah satu penyimpangan fikiran manusia yang terburuk.”
Alasan Reinach menyatakan Kabbalah sebagai “salah satu penyimpangan pemikiran manusia yang terburuk” adalah kerana doktrinnya sebahagian besar berhubungan dengan ilmu sihir. Selama ribuan tahun, Kabbalah telah menjadi salah satu batu penemuan bagi setiap jenis upacara sihir. 

Para rabbi yang mempelajari Kabbalah dipercayai memiliki kekuatan ghaib yang besar. Juga, banyak non-Yahudi yang telah terpengaruh dengan Kabbalah, dan cuba mempraktikkan ilmu sihir dengan menggunakan doktrin-doktrinnya. Kecenderungan esoterik yang terjadi di Eropah selama akhir Abad Pertengahan, khususnya sebagaimana yang dipraktikkan oleh para ahli alkimia, sangat banyak yang berakar dari Kabbalah.



Hal ini sungguh aneh, jika kita memandang Yahudi sebagai sebuah agama Monoteistik, yang diawali dengan turunnya Taurat kepada Musa a.s. Kenyataannya, didalam agama ini ada satu bentuk sistem yang disebut Kabbalah, yang mengadaptasi praktik-praktik dasar sihir yang dilarang oleh agama. Hal ini memperkuat apa yang telah disebutkan sebelumnya, dan menunjukkan bahawa Kabbalah sebenarnya merupakan elemen yang menyusup kedalam agama Yahudi dari luar.
Jika menyebut tentang ilmu sihir, kita mesti kembali kepada sejarah permulaannya dahulu. Perkara pertama yang ditulis oleh manusia dahulu pada batu-batu dan sebagainya adalah mengenai sihir. Dan adalah dipercayai bahawa para tukang sihir zaman firaun dahulu lah yang membentukkan pemujaan dan sihir yang digelar sebagai Kabbalah. Dan menurut sejarawan barat, 

Kabbalah merupakan kepercayaan inti dari kelompok mistik tertua dunia yang dikenal dengan sebutan ‘Brotherhood of the snake’ (Kelompok persaudaraan ular). Pemerintahan Raja Namrud di Babylon dan Firaun di Mesir berkait rapat dengan kelompok ini.

Di dalam ordo Kabbalah terbahagi kepada 3 pula iaitu ordo hijau, ordo kuning dan ordo putih. Ordo yang paling misteri adalah ordo putih, dan ianya lebih bertumpu kepada misi politik dan kekuasaan. Ordo putih itu jugalah yang membuat kesimpulan bahawa matlamat akhir Kabbalis adalah untuk membentuk 'satu pemerintahan dunia’ (E Pluribus Unum – Unity of The World) dan ‘Tata Dunia Baru’ (Novus Ordo Seclorum = New World Order).
Kemudiannya Ordo Kabbalah ini muncul dalam berbagai bentuk seperti ordo Sion (Order of Sion), Freemasons hingga ke Illuminati. Para pengkaji juga menemui bahawa pencetus perang salib adalah daripada konspirasi Ordo Sion, yang waktu itu masih merupakan Ordo Kabbalah iaitu oleh Peter Si Pertapa dan Paus Urbanus II yang pidatonya membakar semangat umat Kristian untuk mengakhiri perdamaian antara umat Kristian dan umat Islam.
Kabbalah Hari Ini
Penggunaan istilah Kabbalah ini masih digunakan hingga ke hari ini. Cuma sekarang mereka berselindung di bawah organisasi yang bekerja di atas dasar kemanusiaan dan menjalankan kerja-kerja amal. Tetapi agenda mereka yang begitu merapu masih diteruskan lagi.
Walaupun mereka tidak menyatakan secara terang-terangan mereka mahu menjauhkan manusia dari Tuhan, tetapi konsep kebebasan diri yang mereka war-warkan itu sudah cukup untuk kita gunakan akal kita dengan bijaksana. Dan pendapat-pendapat mereka berkenaan Tuhan juga jauh terpesong daripada ajaran agama lebih-lebih lagi ajaran agama Islam. Mereka membuat kesimpulan yang bermacam-macam tentang keadaan Tuhan.



Ramai artis Hollywood yang menganut fahaman Kabbalah ini antaranya Madonna. Ada penganut Yahudi yang menerima ajaran ini dan tidak kurang juga yang menolaknya dan mengatakannya sesat.

No comments:

Post a Comment