Tidak hanya Perancis yang
terkenal dengan kebun Lavendernya , Eropah juga mempunyai ladang Lavender yang
tidak kalah indah dengan Perancis . Terletak di Somerset, The Farm Lavender
Somerset adalah rumah bagi 50,000 tanaman lavender dengan luas yang mencapai
lebih dari 5 hektar. Tanaman Lavender biasanya berbunga pada bulan Jun atau
Julai. Pada bulan inilah para jurugambar landscape mula datang dan mengabadikan
keindahan kebun lavender.
Perpaduan warna cahaya dan
warna -warni bunga Lavender pada saat musim berbunga mampu menampilkan foto-
foto yang mirip dengan lukisan. Salah satu jurugambar yang berjaya mengabadikan
keindahan kebun Lavender Somerset adalah Antony Spencer . Dalam satu kenyataan
beliau berkongsi sedikit tips, " Kamu mempunyai masa sepuluh hari setiap
tahun untuk mengambil gambar terbaik sebelum lavender mulai dituai dan pagi
harilah waktu terbaik. Cahaya yang muncul sungguh fenomenal dan akan membuat
pendedahan lavender semakin dramatik. Sebagai jurugambar landscape, momen ini
hanya datang sekali dalam setahun ". Berikut adalah beberapa foto- foto
indah ladang Lavender.
No comments:
Post a Comment